�� Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan selamat datang ke laman kami, Kerongsang.com. Diharapkan dengan adanya laman ini, pelanggan kami dan juga mereka yang berminat dengan kerongsang akan lebih mudah mendapatkan produk kami.
Untuk pengetahuan anda, syarikat kami telah lama berkecimpung dalam perniagaan ini iaitu lebih dari 10 tahun lamanya. Selain daripada kerongsang,kami juga mempunyai produk-produk lain seperti mutiara, batu permata,kraftangan dan juga bahan cenderamata lain. Namun sebagai permulaan, di laman ini kami hanya akan menawarkan koleksi kerongsang kami kepada para pengunjung. Produk-produk lain akan ditambah pada masa akan datang.
Sekiranya anda mempunyai kelapangan masa, anda juga boleh berkunjung ke kedai kami yang terletak di lot 45-46 Pasar Filipina yang amat terkenal di Kota Kinabalu.