| Kategori |
| Carian Produk |
|
|
| Info |
|
| |
|
|
|
 |
Terdapat 2 kaedah untuk membeli produk kami iaitu :
- Membuat tempahan secara
terus di laman ini.
- Menghantar borang tempahan
(orderquery.xls) yang boleh diperolehi daripada ruangan Download
Katalog ke emel kami.
Kaedah 1 : Membuat Tempahan Secara Terus Melalui Kerongsang.com
- Pada produk yang ingin ditempah, klik pada butang "Add
To Cart". Jika bilangan yang ingin ditempah untuk kod produk
adalah lebih dari satu, masukkan bilangan baru pada kotak input
bersebelahan butang "Add To Cart".
- Klik pada "View Cart" pada sebelah kanan atas halaman
untuk melihat produk-produk yang telah disenaraikan untuk tempahan.
- Di dalam ruangan "View Cart", klik butang "Edit
Quantity" untuk mengubah bilangan kuantiti untuk tempahan,
"Remove Item" untuk mengeluarkan produk dari senarai
tempahan, "Continue Shopping" untuk menambahkan produk
tempahan lain atau "Complete Order" untuk menyelesaikan
tempahan. Anda juga boleh klik pada "Checkout" pada
sebelah kanan atas halaman untuk menyelesaikan tempahan.
- Selepas anda memilih "Complete Order" atau "Checkout"
untuk menyelesaikan tempahan, isikan butir-butir diri anda pada
borang tempahan yang dipaparkan. Klik pada butang "Send Order"
untuk menghantar tempahan anda kepada kami.
- Tempahan anda akan disemak dan sebutharga akhir tempahan anda
akan dihantar dalam tempoh 2 hari selepas kami menerimanya. Sebutharga
ini akan menyatakan jumlah akhir yang perlu dibayar termasuklah
kos penghantaran tempahan dan diskaun(jika ada).
- Selepas menerima sebutharga akhir, anda bolehlah membuat bayaran
kepada kami.Bayaran boleh dibuat sama ada melalui kaedah bank-in,perbankan
online, wang pos, money order atau telegraphic transfer(untuk
pelanggan antarabangsa). Maklumat seperti akaun bank untuk tujuan
bayaran akan disertakan di dalam sebutharga akhir. Bagi pelanggan
Malaysia, pembayaran perlu dibuat dalam tempoh tiga(3) hari bekerja
selepas sebutharga diterima.Bagi pelanggan lain, bayaran boleh
dibuat dalam tempoh lima(5) hari bekerja selepas penerimaan sebutharga.
- Selepas bayaran anda disahkan, tempahan anda akan diposkan secepat
mungkin. No rujukan pos(poslaju/pos berdaftar) akan diemelkan
kepada anda selepas pengeposan.(Untuk tujuan pengesahan bayaran,
sila hantarkan salinan slip bayaran yang berkaitan seperti slip
bank-in dan sebagainya kepada kami melalui faks atau emel selepas
anda membuat bayaran)
Kaedah 2 : Menghantar Borang Tempahan, orderquery.xls
- Dapatkan borang tempahan, orderquery.xls di ruangan "Download
Katalog".
- Di ruangan "Download Katalog", anda perlu memberikan
nama anda dan e-mel anda sebelum mendapatkan orderquery.xls.
- Isikan borang yang diperolehi dan hantarkan kepada sales@kerongsang.com
.
- Langkah yang sama seperti langkah 5-7 Keadah 1 di atas.
|
|
|
|